Monday, June 2, 2008

Bagaimana Wasiat Perniagaan Islam Membantu Anda

MENGAPA? SYARIKAT SENGSARA, KELUARGA TERSIKSA... APABILA BERLAKUNYA KEMATIAN AWAL ATAU HILANG UPAYA KEKAL KEPADA PEMILIK SYARIKAT...

Banyak peristiwa yang telah kita dengar, samada daripada kes-kes di MAA Assurance / MAA Takaful atau fail-fail di Amanah Raya Berhad (ARB), bagaimana banyak Syarikat Bumiputera tidak dapat diuruskan dengan sempurna, malah ada yang terpaksa ditutup hanya kerana berlakunya KEMATIAN AWAL ATAU HILANG UPAYA KEKAL kepada Pemilik Syarikat.

Lebih menyedihkan, kematian awal atau hilang upaya kekal Pemilik Syarikat ini telah menyebabkan keluarga tersiksa dan merana akibat terputusnya pendapatan untuk mereka meneruskan kehidupan. Untuk mereka mengambil-alih syarikat, mungkin tiada kepakaran ataupun anak-anak masih kecil untuk menguruskan perniagaan. Jalan pintas untuk mengatasi masalah kewangan disebabkan tiada pendapatan ialah dengan si isteri terpaksa mencari kerja. Tetapi apakah kerja yang sesuai? Berapakah pendapatan yang boleh diperolehi? Cukupkah untuk menanggung seisi keluarga? Ya, mungkin mereka dapat meneruskan kehidupan tetapi dengan penuh kepayahan. Hanya kerana Pemilik Syarikat tadi tidak membuat PERSEDIAAN. Sungguh menyedihkan.....


BAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBANTU MELALUI PROGRAM WASIAT PERNIAGAAN ISLAM ( WPI )?

Wasiat Perniagaan Islam (WPI) adalah satu Program yang direka khas oleh kartika emas Consultancy dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB) dan MAA/MAA Takaful untuk Usahawan-usahawan Bumiputera. Program yang menggabungkan Faedah 3 dalam 1 iaitu Faedah Pertama: Penyediaan & Penggunaan Dana WPI / Kecemasan, Faedah Kedua: ‚’Director’s Provident Fund’, iaitu Penyediaan & Penggunaan Dana Persaraan dan Dana Pelbagai Guna dan Faedah Ketiga: Penyediaan Dokumen Hibah / Wasiat.

Faedah Pertama: Penyediaan & Pengggunaan Dana WPI / Kecemasan

Sekiranya berlaku kematian awal kepada Pemilik Syarikat, dana ini dapat digunakan sebagai bantuan kewangan bagi membantu keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan.

Contoh: Dana Kewangan RM 1 juta kepada mana-mana keluarga Pemilik Syarikat yang memerlukan bantuan kewangan.

Dana ini juga boleh digunakan di saat kecemasan apabila Syarikat atau Pemegang Akaun ini memerlukan bantuan kewangan.

Contoh: Dana Kecemasan RM 50,000 dari setiap akaun.

Faedah Kedua: ‚’Director’s Provident Fund’ atau Penyediaan Dana Persaraan / Dana Pelbagai Guna

Sekiranya tiada apa-apa berlaku pada tempoh yang telah ditetapkan, dana tersebut boleh digunakan sebagai Hadiah Persaraan / Imbuhan kepada Pemilik Syarikat.

Contoh: Dana Persaraan RM 100,000 kepada Pemilik Syarikat.






Faedah Ketiga: Penyediaan Dokumen Hibah

Program in berupaya digunakan sebagai hadiah khusus oleh Pemilik Syarikat kepada yang tersayang bagi memastikan Syarikat dapat beroperasi dengan lincin dan keluarga dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

Contoh: Hadiah ’Hibah’ berjumlah RM 1 juta

Pengenalan Syarikat

Kartika emas consultancy ialah sebuah Syarikat penuh bumiputera, yang mengkhusus di dalam bidang rundingcara seperti Klinik Insurans & Takaful , Wasiat Perniagaan Islam dan Program Insurans Kakitangan Syarikat.

Rakaniaga kami terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kepakaran lebih daripada 15 tahun samada di dalam bidang masing-masing seperti bidang Pengurusan & Pentadbiran Risiko, Percukaian & Akaun, Perancangan & Pentadbiran Pusaka dan Program Latihan & Perundingan.

Kami percaya dan penuh yakin dengan kepakaran ini, kami di kartika emas Consultancy akan dapat membantu pelanggan-pelanggan kami mendapatkan perkhidmatan dan cadangan yang terbaik.

untuk keterangan lanjut

Please Call

016 6137740

emel at rudiya19@gmail.com